Thursday, April 29, 2010

SETAN PANDAI JAWI......

ﺇﺮﺅﺃﻥ ﻡﺤﻢﺌ



Anak bongsu saya,Hana baru berusia 6 tahun....tapi dah ada FB sendiri....sebabnya dia suka mengacau FB orang lain...dan FB dia hanya untuk  main games je!Walaupun gitu,saya dah add beberapa orang mak dan pak sedara dia,supaya dia boleh berhubung dengan mereka.Lagipun saya mengharapkan,dengan cara dia berkomunikasi begitu,dia akan lebih cepat mengenal ABC.Baru 4 bulan bersekolah di PRA sekolah,alhamdulillah dia dah mula pandai  membaca yang mudah2.Kadang2 sambil saya memasak,saya boleh memberi panduan ejaannya dari jauh sewaktu dia menghantar msg ke mak/pak sedara dia.


Tengahari tu,sewaktu saya dok bersembang dengan abang ngah kat dalam bilik,terdengar Hana bertanya "ibu,nak tulis  'hai 'camne?"Saya pun dengan tak banyak soal terus ejakan...pastu dia tanya lagi "tengah buat apa tu",nak eja camna??Saya perasan dia ni nak berchatting ngan seseorang la tu...Saya tanyakan pada dia"Awak chat ngan sapa tu"?Dia kata"dengan  setan"!Mak oii...terkedu saya ngan abang ngah.....menyirap gak darah mendengarnya..."Hana,tak baik cakap macam tu ...."kata saya."Betul ibu,setan ni pandai jawi"!!Tak boleh jadi,terus saya ngan abang ngah meluru ke komputer....hahahaha......memang lawak betul....ntah mamat mana la yang dok kat friend list Hana ni...dia menggunakan gambar profile seperti di atas tu.....jadi salah siapa bila Hana kata begitu!!Renung2kan lah.........dan  aritu baru saya perasan ada 29 friends dok dalam list Hana....tak tau siapa yang add siapa!!hehehe.....

Tuesday, April 27, 2010

CINTA PERTAMA??

Ada sesiapa yang percaya dengan cinta pertama??Mungkin setiap orang mempunyai persepsi tersendiri untuk mengakui kebenaran bahawa memang wujudnya cinta pertama,dan kononya cinta pertama ni merupakan cinta yang paling sukar untuk dilupakan.....iya ke??

Saya tak pernah percaya bahawa wujudnya cinta pertama ni,bagi diri saya sendiri...tak perasan pun bila saya betul2 jatuh cinta dan siapa sebenarnya cinta pertama  saya.Mungkin saya ni tak pernah serius sangat dengan cinta kot..hehehe..lawak je bunyinya!!Bukan maksudnya saya tak ada perasaan terhadap lelaki,seawal2 perasaan saya pernah suka pada seseorang waktu tu,saya berumur 12 tahun...zaman perasan nak jadi remaja sangat....Saya mengaku saya suka pada seorang rakan setaman yang sebaya.....dia merupakan seorang budak yang pemalu,waktu tu pemain bolasepak negeri bawah 12 tahun,dan hensem juga...arghh...gediknya!!Sayangnya mamat tu tak pernah tau pun yang  saya ni  peminat dia.....kiranya saya ni syok sendiri la..hahaha....mana  la tak syok sendirinya, sebab saya sendiri tak pernah bercakap sepatah haram pun dengan dia...Selepas tu,keluarga saya telah berpindah  ke Pahang dan lenyap la kisah cinta rahsia saya!!

Kini setelah lebih 20 tahun berlalu,saya terjumpa dengan kawan baik dia masa sekolah dulu....kononya saja la saya ni bertanya  khabar dia....Tak sangka  bila kawanya  tu bagitau rupanya  dulu,dia  pernah jugak sukakan saya....hehehe..rupanya saya tak la bertepuk sebelah tangan ek.....perasan!!
Menurut cerita kawan tu lagi,dia pun dah tak tau mamat tu hidup lagi ke tidak..sebabnya dia dah menjadi penagih sejak dari tingkatan 3 lagi....Kemudian kedua ibubapanya berpisah dan dah berpindah dari Taman tu....sedih gak dengar  cerita tu.....kenapa la bodoh sgt mamat tu,sebab dari sportman leh jadi drug addicts!!
Walaubagaimana pun dia bukan la cinta pertama saya  sebab kami  tak sempat bercinta pun...huhuhu....dan walaupun selepas itu saya  mempunyai beberapa koleksi yang boleh diketengahkan sebagai calon2nya... ....hehehe...tapi.......

Yang pastinya cinta  pertama saya mungkin saya  anugerahkannya pada suami saya yang telah pun berkongsi hidup selama 20 tahun ini bersama saya dengan penuh kasih sayang.....semoga perkahwinan kami berkekalan hingga ke hujung nyawa!!

**tahun ni merupakan ulangtahun perkahwinan kami yg ke 20!

Wednesday, April 14, 2010

KANSER ,ADA KAITAN DENGAN GANGGUAN JIN.

Semalam aku menyambung dengar siaran ceramah pilihan di Radio Malaysia Kuantan,yang disampaikan oleh Ustaz Abdullah Mahmud yang bertajuk Perubatan Islam.....Sangat menarik,berbagai info dan petua yang diberikan,sayangnya tiada sebarang catatan di buat sebab aku mendengar sewaktu dalam kereta sewaktu menunggu anak balik dari sekolah!!huhuhu....Ceramah yang aku dengar tu sebenarnya dah kira cam kat tengah2 je...rugi tak dengar dari mula...Alhamdulillah tergerak hati menekan channel radio Kuantan!!
Ustaz  ni sebenarnya salah seorang tenaga pengajar bagi sesiapa yang berminat untuk mempelajari ilmu pengubatan Islam...sesiapa je boleh belajar tapi lebih baik jika kita belajar berguru.....orang yang nak jadi pengubat ni perlu ada syarat...syarat yang utama perlu ikhlas....wah,nampak cam mudah je kan...tapi kalau aku pun tak sanggup rasanya....mampu ke kita ni merasa ikhlas ...kadang2 kalau diuji sedikit je...mula rasa riak!!Kata Ustaz sebagai pengubat,kalau dia tak ikhlas,usahanya tidak akan berhasil!!Bukan tu je sentiasa kena merendah diri,tak boleh sombong atau cuba menunjuk2....eii...memang susah.

Terkejut gak aku bila mendengarkan bahawa penyakit2 yang susah untuk diubati seperti aids dan kanser ada kaitan dengan gangguan jin...
Menurut Ustaz tu,Jin ni sebenarnya sama je ngan manusia,mereka ada jin islam dan kafir juga...dan bukan semua jin islam tu baik,dan tidak semestinya jin kafir tu semuanya jahat....serupa je macam kita ni!!Apa yang membezakan kita ngan dia,dia boleh bertukar rupa/saiz dan boleh bergerak pantas.Jin ni bila2 pun boleh masuk ke dalam badan manusia,samada orang yang hantar atau dia masuk sendiri...biasanya dia masuk melalui ubun2 atau melalui rongga2...seperti telinga,hidung atau mulut....jika seseorang tu pergi berubat,kadang dia berjaya dikeluarkan  ..tapi kadang tu,dia tak nak keluar pun ..dan dia akan bersembunyi di tempat2 yg susah untuk orang yg nak mengubat tu nak bawak dia keluar..bagi perempuan ,dia akan lari dok di payudara atau dekat dgn kemaluan...pastu kalau kita tak usaha keluarkan dia, lama2 dia akan rasa selesa dan beranak pinak kat situ...akhirnya ia akan menjadi kanser pangkal rahim dan kanser payudara.....takutkan bila dengar camtu....tapi sepupu aku ada bagi tips,untuk mengelakkan terjadinya perkara seumpama itu,dia sarankan kita mengamalkan surah nun....iaitu surah Al-Qalam!!
Kalau kita nak tau,samada jin berada berhampiran kita bila tetiba je,telinga kita berdesing kuat...pastu rasa berdebar lain macam.....teringat kat adik aku, dia penah bercerita yang telinga dia berdesing kuat dan dia terus baca ayat kursi..bila sampai bahagian wala yauduhu tu ..adik aku kata kat telinga dia jelas bunyi krek.krek...cam kertas yang dibakar !!


Satu lagi kisah yang menarik apabila Ustaz membantu seorang ibu yang kehilangan 2 orang anaknya....dengan cara dia melaungkan azan dan ibunya memanggil nama anak tersebut.Akhirnya dengan izin Allah,anaknya muncul didepan mereka...dan apabila di siasat anaknya cuma pergi ke kenduri di rumah kawannya bernama Boboy...dan Boboy tu juga, kawan sekolah mereka....menurut cerita anak2 tu rumah boboy tu tak sama dengan rumah mereka tapi kat rumah Boboy ada kereta kancil....dan Boboy tu sebenarnya jin!!Jangan tak caya ,jin pun pergi sekolah...mereka juga menggunakan segala kemudahan yang kita gunakan,dan adik aku juga pernah bercerita,sewaktu dia di universiti Al Azhar,sebenarnya terdapat ramai jin yang belajar di situ......silap2 ada gak blogger jin kat sini...hehehe...


Mungkin di entri lain aku akan berkongsi pengalaman sewaktu mak aku terkena gangguan jin ni.....

Monday, April 12, 2010

MASJID SUNYI... AJK HEBAT2 & RAMAI

DUNIA SEMAKIN MENYUMPAH MANUSIA...Apabila Semakin ramai manusia melupaiNYA. Saya sangat bimbang sekarang, Saya selalu bermusafir,singgah di masjid2 bila masuk waktu solat, kekadang yg datang solat jemaah di masjid dialah bilal,imam & siak,bukan sebab tamak jawatan,tapi dah memang dia sorang je yg datang.Yang ada jawatan termasuklah IMAM x der.Ini terjadi lagi semalam,di 1masjid di 1 Daerah bernama MASJID TANAH,MELAKA (ANUGERAH MASJID PALING BERSIH DI MELAKA).
Ini adalah post yang saya temui di facebook saya...luahan hati seorang motivator yang selalu mengembara di seluruh malaysia kerana kerjayanya!!Dan suasana yang dirakamkan ini adalah pada waktu maghrib...jadi fikir2kan la....bagaimana situasinya jika di waktu2 yang lain seperti subuh atau zohor ke???

Sunday, April 11, 2010

PELAJAR MENYAMAR ANAK ANGKAT TENGKU MAHKOTA DITAHAN!!

ZULKIFLI menunjukkan seragam PLKN yang tertera nama dan gelaran Tuan Muda yang menyamar  pada sidang media di Kuantan, semalam.
ZULKIFLI menunjukkan seragam PLKN yang tertera nama dan gelaran Tuan Muda yang menyamar pada sidang media di Kuantan, semalam.

KUANTAN: Seorang pelajar pintar ditahan polis kelmarin selepas menyamar sebagai anak angkat Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dengan gelaran ‘Tuan Muda’ sehingga berjaya memperdayakan seorang Exco Kerajaan Negeri ini serta pegawai tinggi Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN).

Remaja berusia 18 tahun itu memperoleh 9A 1B dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lalu, sebelum itu dipercayai menghantar sepucuk surat rasmi palsu berlambangkan istana ke Kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Cahaya Gemilang, Cherating memaklumkan mahu membuat lawatan rasmi ke kem itu. 
Berikutan itu, Ketua Pengarah JLKN, Datuk Abdul Hadi Awang Kechil pergi ke Pahang, Isnin lalu dan ketibaannya di Lapangan Terbang Sultan Ahmad Shah, di sini disambut sendiri suspek sebelum mereka bertolak ke Kem Cahaya Gemilang.
Siasatan awal polis mendapati remaja itu pernah membuat lawatan ke sebuah rumah kebajikan berhampiran Kem PLKN di Kampung Hijrah, Pekan pada 14 Mac lalu yang turut dihadiri seorang Exco kerajaan negeri.

Ketika menyertai lawatan rasmi ke Kem PLKN Cahaya Gemilang, remaja itu turut menyempurnakan majlis menyematkan lencana kepada pelatih kem berkenaan. Helah remaja berasal dari Bera itu tambah meyakinkan apabila turut memakai pakaian PLKN yang bersulam namanya sebagai Tuan Muda dalam lawatan berkenaan.

Difahamkan, suspek yang juga bekas pelajar aliran sains di sebuah sekolah menengah di Bera tinggal bersama sepasang suami isteri yang bekerja sebagai pembantu perubatan sejak kecil.

Timbalan Ketua Polis Daerah, Superintendan Zulkifli Taha, berkata suspek diberkas sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang ketika berehat di rumah saudaranya di Tanah Putih Baru I di Pekan, kira-kira jam 5.30 petang kelmarin.
Katanya, polis sebelum itu menerima maklumat daripada pihak istana berhubung kegiatan penyamaran berkenaan lalu menubuhkan pasukan khas untuk membuat siasatan sehingga berjaya memberkas remaja terbabit.

“Kita masih menyiasat identiti sebenar remaja itu, selain berusaha mengesan ayah kandungnya kerana dia dipelihara keluarga angkat sejak kecil," katanya, di sini semalam.

Beliau berkata, dalam serbuan ke rumah berkenaan, polis turut merampas dua helai pakaian yang mempunyai nama Tuan Muda dipercayai digunakan remaja terbabit ketika membuat lawatan rasmi ke kem PLKN.

Katanya, suspek ditahan reman sehingga Selasa ini di IPD Kuantan untuk membantu siasatan berhubung kejadian itu.

**mushkil dengan penyamaran budak ni,sebenarnya ...apa  tujuan dia buat begini??

Saturday, April 10, 2010

Wednesday, April 7, 2010

Minum arak: Tukang masak dipenjara dan sebat

Apr 7, 10 5:12pm

Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan hari ini menjatuhkan hukuman penjara setahun dan enam sebatan ke atas seorang tukang masak Maahad Tahfiz, Kuantan yang mengaku bersalah meminum arak.

Mohd Sabri Zulkepli, 24, mengaku bersalah meminum arak di kompleks beli belah Kuantan Parade pada 13 Februari lalu, jam 5.30 petang dan didakwa mengikut Seksyen 136 Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1987.

Hakim Syarie, Datuk Abdul Rahman Md Yunos, ketika menjatuhkan hukuman itu berkata, hukuman penjara dan sebatan itu adalah sebagai pengajaran supaya tertuduh dapat menginsafi diri daripada perbuatan itu.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam sebelum itu memohon supaya hukuman ke atasnya diringankan memandangkan pendapatannya sebagai tukang masak hanyalah RM550 sebulan.

Tertuduh yang belum berkahwin, sebelum ini mengaku tidak bersalah pada 18 Februari lalu ketika mula didakwa, sebelum menukar pengakuan kepada bersalah pada 13 Mac dan mengekalkan pengakuan bersalah pada 24 Mac lalu.

Hakim menetapkan hukuman penjara itu berkuatkuasa bermula daripada tarikh tertuduh ditahan iaitu pada 13 Februari lalu.

"Hukuman sebat akan dilaksanakan ketika tertuduh menjalani hukuman penjara itu," kata Abdul Rahman.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Syarie Farhana Md Yusuf.

- Bernama 

**saya tertarik dengan artikel ni .....adakah selepas ni hukuman ini juga akan menjadi perdebatan seperti yang berlaku ke atas Kartika yang akhirnya hanya dihukum melakukan kerja2 kebajikan!!!

Tuesday, April 6, 2010

AWAS!!

Kalau kita perhatikan sekarang ni,berlaku peningkatan penularan wabak H1N1 dan juga Denggi.....Apa yang  saya kesalkan ialah,terdapat sesetengah pihak yang mengambil kesempatan dan keuntungan semasa kes2 ni berlaku.Sebagai contohnya,ada farmasi yang menjual topeng muka dengan harga yang berganda dari biasa,penjualannya juga agak terhad atau sengaja menghadkan penjualan(tak tau la)....bila kita dah tiada pilihan,terpaksa la membelinya juga.!!
Bagi kes2 yang melibatkan denggi....terdapat juga penipuan dari mereka2 yang mengaku bahawa mereka datang dari syarikat2 pest control untuk melakukan fogging dan mengenakan caj terhadap individu yang bersetuju supaya rumah mereka disembur,untuk mencegah pembiakan nyamuk aedes.Sebenarnya ramai orang yang tidak sedar,bahawa ini merupakan penipuan secara terang2an.Modus operandi mereka ni sangat  licik...Biasanya mereka akan datang secara berkumpulan dalam 7-8 orang dengan menaiki van,target mereka di kawasan perumahan....Bila sampai ke destinasi mereka ni akan berpecah dan terus menuju ke setiap rumah untuk meminta persetujuan tuan rumah untuk melakukan fogging dengan bayaran yang mereka minta.Bayaran tu pula boleh plak di tawar menawar,dan sekiranya tawaran mereka berjaya,terus sahaja perkhimatan tu dijalankan....sangat cepat.....tak sampai setengah jam mereka akan meninggalkan kawasan tersebut!!
Pernah berlaku ditempat saya,mereka meminta saya membuat bayaran sebanyak RM60 untuk caj kali pertama dan kononya 3 bulan lagi mereka akan datang semula dan akan dicaj RM30 setiap kali servis dilakukan.
Saya memang dah tau ini semuanya auta je..saya cuba bertanya,bukan ke kerja2 fogging ni dilakukan oleh Kementerian Kesihatan atau Majlis Bandaran je.....Dia kata kerana terlalu banyak sangat kawasan,jadi badan2 yang berwajib ni,tak cukup masa nak buat semua tempat.Oh ya ke,tapi selalunya orang2 yang buat fogging  ni tak penah la pulak menyembur waktu tengahari camni....Masa tu dia dah lain macam je...cepat2 je mintak persetujuan saya untuk melakukan fogging...Saya katakan pada dia,tak pe la...tak payah sebab husband akak pun buat kerja camni gak...dia cam terkejut!!Dia keje kat mana??Ala,dia keje kat majlis daerah je....kawalan vektor ni di bawah seliaan dia la.Tak pe la kak,kalau tak nak kita tak paksa....cepat2 dia blah!!Pastu sekejapan je diorang meninggalkan Taman tu,yang sedihnya,walaupun sekejap gitu,ada jugak kawan2 yang terkena...tak sempat nak bagitau.....caj bayaran mereka juga berbeza2,ada yang kena setinggi RM100 dan serendah RM30...nak buat camna dah nasib!!Tapi janji mereka untuk datang semula ke taman tu hanya tinggal janji kosong je...asap yang mereka semburkan tu pun tak tau la entah ia ke tidak!!.