Tuesday, September 1, 2009

RAGAM BERTARAWIH.

Alhamdulillah!Tahun ni saya masih lagi berpeluang bersembahyang tarawih di masjid.Seronok melihat orang ramai yang berpusu2, mengimarahkan semua masjid2 dan surau2.Ramai yang tidak mahu meninggalkan peluang keemasan yang berlaku di bulan Ramadhan ini,dan peluang ini belum tentu akan dinikmati lagi pada tahun depan jika tidak diizinkan oleh Allah.Paling meriah bila melihat berbagai jenis telekung dengan pelbagai warna bunga dan sulaman yang berbagai2...seperti pertunjukan fesyen...hihihi...sempat pulak tu menjamu mata!!

Saya cuma kurang faham dengan segelintir jamaah yang hadir bersama anak2 kecil....adakah sesuai anak2 yang di bawah 3 tahun mengikuti ibubapa ke masjid??Saya pernah dibawa oleh mak saya bersembahyang di surau setelah berumur 5 tahun...seingat2 saya,zaman tu kanak2 semua bersembahyang di saf belakang dan kami tidak bermain seperti anak2 sekarang yang berlari,bergurau senda dan membuat bising...tipulah kalau saya katakan kami semua sangat khusyuk bersolat...kadang tengah solat boleh bergurau dan berbisik2 sesama kami...apa taknya ada yang sengaja menindih telekung sewaktu sujud,dan yang tukang tindih tu sujud lama2...menyebabkan kita tak boleh nak bangun.Ada juga yang mencucuk punggung kawan sewaktu sujud.....akhirnya kami akan ketawa...tapi tawa kami sangat perlahan kerana takut dimarahi oleh mak2 kami nanti....mak saya memang garang kalau kena sengatan ketam dia..lebam!!

Saya rasa ramai orang merasa kurang selesa ketika bersolat,bila tiba2 bergema tangisan anak2 yang sekecil setahun dua gitu...dan kalau saya la ibunya saya tak akan rasa khusyuk dan senang hati untuk bersolat.Tahun lepas ada seorang ibu yang membawa anaknya berusia dalam 3 tahun...kebetulan dia duduk disebelah saya.Sebelum memulakan solat dia memberikan sebotol air Milo untuk anaknya minum mungkin cara itu boleh mendiamkan anaknya sebentar.Ketika kami bersolat tu,anaknya boleh pulak main pusing2 diantara maknya dan saya...dan dok depan mak dia.Bila dah beri salam tu,mak dia menegur anak dia punya la lembut...geram je saya sebab saya ni jenis yang kasar kot...bukan apa,anaknya sikit pun tak endahkan kata2 mak dia..kalau saya dah memang dapat sedas dua...

Tak lama tu dia dapat seorang kawan yang sebaya...mereka main lari2 kat belakang para jamaah sambil ketawa2...tapi sesekali dia akan masuk celah saya dan mak dia dan lari kat depan beberapa jamaah lain dan keluar ikut celah2 jamaah lainya....tak tau camana, agaknya dia baru je minum sebotol Milo dan bawak pulak berlari2...tiba2 dia termuntah kat atas karpet masjid...Bayangkan la,tak ke menjadi kerja mak dia terpaksa pulak membersihkan karpet tu....dan akhirnya mak dia tak dapat meneruskan solat!!!

Saya bukan tak setuju,para jamaah membawa anak2 ke masjid tapi saya rasa kena la pilih umur yang sesuai dan tidak mengganggu jamaah yang lain.Sebenarnya saya baru je masuk tahun kedua bersolat tarawih di masjid.Sebelum ni saya terikat dengan anak2 yang masih kecil....sekarang anak bongsu saya dah berusia 5 tahun tapi saya tak berani lagi nak membawanya kerana dia ni jenis yang tak makan saman..saya bimbang semasa kita bersolat dia akan tawaf satu masjid tu!!

Kita ni pergi bersolat nak mencari pahala yang lebih tapi,saya melihat ada juga jamaah yang sangat mementingkan diri sendiri.Mereka meletakkan kereta sesuka hati dan menyekat kenderaan orang lain untuk keluar.Saya cukup tak faham dengan manusia2 jenis camni...sepatutnya mereka boleh berfikir secara logik dan matang....tak pepasal je boleh menimbulkan kemarahan orang lain!!

24 comments:

Relevan said...

Masjid dan Surau akn penuh dgn jemaah tiap kali bln Ramadan..tapi bila habis bln Ramadan tinggal lah yang regular saja..he he..

Hanisham Ab Halim said...

Kak Hai,
Koi dulu Apak koi bawak koi ke masjid masa umur koi 6 tahun. Tapi kena duduk saf paling belakang. Itupun pada hari Jumaat sahaja. Kalau masa terawih tak boleh pergi. Kena dok umah. Sebabnyer Apak koi taknak anak dia salah sorang budak yang buat bising kat masjid. Betoi kata aok, kat umoh koi ni pun ramai bawok anok pegi terawih. Kadang2 kesian tengok ke budok2 tu. Mak ayoh sembahyang anok2 terbior merayap merata pastu bising sampai ganggu jemaah lain.

endiem said...

tak leh marah marah bulan pose.. nanti kurus pose..

saharul said...

apa kata 'hai'beri teguran secara terbuka kepada sape2 yang bawak anak tu ke mesjid. katakan kat mak2 bebudak tu yang 'hai' tokleh kusyuk nak solat terawih....

hihihi...

hai said...

salam relevan,
memang sokmonya gitu le....

salam Echam,
koi kesian ke pak guard kat masjid ni..terpaksa ronda mengawal budak2 supaya tak buat bising!!

salam endiem,
koi tok maroh...tapi org yang kete dia kena block tu...tekan enjin semacam je...

salam Cikgu Jang,
koi ni pun bukan la sempurna sgt...pasal anak2 ni ...
koi rasa mak ayah patut boleh fikir sendiri... kalo koi pun rasa tak selesa bila anak koi menangis suma org berpaling ke arah koi,cam tak puas hati je!!
semalamnya ada sorang mamat ni baca quran masa org tgh bertarawih...dia dok kat belah belakang sekali...tapi betul2 di depan tempat pompuan solat..mungkin dia tak perasan...itupun makcik sebelah koi merungut,dia kata bacaan budak tu mengganggu....

YanDarwisy said...

Seronok kalau mengenang waktu mengerjekan ibadah terawih ni, tapi sejak ada si kecik, masa membataskan kite. teringin nak rase suasana bertarawih semula.

abu muaz said...

memang menganggu ...... bukan kita tak suka budak kecil tu kemasjid tapi tiada kawalan akan menyusahkan semua.

Hati pula tak kusyuk dan mula rasa geram....

aku nak cubit maknya bukan budak tuuuu.....

Hashim Zabidi said...

hai,
begitulah kalau nak cari banyak pahala.
Cabaranya pun berganda,
ada orang beriya-iya,
ada orang berpura-pura,
jangan bersungut jangan bercanda,
dah jadi adat, nak buat macam mana...

zai said...

salam hai..

slmt berpuasa dan mengerjakan terawih..bercakap pasal sembahyang terawih ni..mmg terasa benar dunia ni dah akhir zaman bila g sembahyang terawih heran tengok kalau dulu semua berebut nak penuhkan saf depan tapi sekarang terpaksa memanggil saf2 kat belakang tu beberapa kali agar penuhkan saf kat depan..yang memalukan orang2 dewasa mcm kita ni pun masih banyak yg jahil tidak tahu kepentingan dan kelebihan memenuhi saf di depan sanggup pula berasak2 kat belakang pastu letakkan pula anak2 yg belum baligh diantara saf yang kadang2 merenggangkan saf krn separuh jalan sembahyang jemaah dah hilang..

Ibu bapa yg mempunyai anak2 kecil yg lasak eloklah bertarawih kat rumah jer dengan keluarga.

hai said...

salam yan,
nak buat camana...kena tunggu anak2 besar dulu..cam akak, lepas tunggu yang ni besar ada yang kecik..gitu le sampai anak dah 7..hihihi...Alhamdulillah!Allah beri juga kesempatan untuk merasainya....

salam abu muaz,
sabo weh,jgn buat gitu kang tak pepasal kena saman....hehehe...org zaman le ni..salah sikit asyik nak menyaman je....

salam pak hashim,
betul tu lumrah dunia!!!

salam zai,
memang betul la apa yang zai katakan tu...saya ingatkan kat sini je berlaku gitu...tak faham kenapa ramai yang berebut nak dok kat belakang...kalau dah nampak saf tu kosong dia buat bodo je..kdg kita yang baru datang, terpaksa melangkau untuk dok di saf hadapan...biasanya yang dok kat saf depan tu semua makcik2 je...kat sini kita akan rasa insaf bila bersebelahan dengan makcik2 yang mengalami kesukaran untuk bangun berdiri tapi masih bersemangat untuk meneruskan solat...
satu lagi yang saya rasa terkilan bila para jamaah sekarang tidak mesra...tak macam zaman dulu...jgnkan nak bersalaman..susah benar untuk melemparkan senyuman....

izman said...

kena tengok keperluan lah nak bawa anak2 kecil tu. jangan sampai ganggu lain2 jemaah.

Maiyah said...

salam.. yelah, kalo bawak ank kecik tu kene ler pastikan mereka tak ganggu nanti

Anonymous said...

Mak ayah, wan atau aki yg kena alert dulu sblm amik keputusan nk bawa anak / cucu ms solat terawih. Bdk2 ni klu dia sensorang jek takpe, tp klu ada rodong...wassalamu..

ummu said...

salam kak Hai;
syukur Alhamdulillah dapat bertarwikh di masjid kan kak...saya tak tahu bila lagi akan berkesempatan ke masjid bertarawikh.mcm kat kpg suami, Imamnya diambil dari Hafiz Kpg berdekatan.
anak saya pun 5 tahun, jenis yang tak akan saman punya orang...jadi,tak berani toknya nak bawa ke masjid.

hazeleyed lady said...

Salam ziarah
memang Malaysian camtu...
mengaku kita muslim...tapi perlakuan tak melambangkan muslim sebenar...

Vanderlin said...
This comment has been removed by the author.
Vanderlin said...
This comment has been removed by the author.
Vanderlin said...

salam, Kak Hai...

tahun lepas 1st puasa di Kota bharu...Malam terawih pertama saya dah kena jerkah dan di halau ke belakang saf yg terahir atas alasan saya bawa anak....f.y.i. anak saya Qhadijyah dah 10tahun...dah boleh sembahyang sendiri. Sedih dan malu bila makcik tu kata..."pergi belakang! budak2 ni memutuskan saf..." Saya rasa ada cara yg lebih baik kalau nak menegur. Nak menitis airmata ada jg. Selepas itu saya terus duk di saf yg terakhir hingga ke ahkir ramadhan. Tapi dalam pada itu...ada jg kaum ibu yg bawa anak kecil duk di saf depan.. cam tak adil je...

Abang said...

Sebetulnya yang sesuai dibawa ke masjid adalah kanak-kanak yg dah cukup mumayiz. Ertinya budak tu dah tahu sendiri membezakan antara yang betul dan salah...

Guru said...

assalammualaikum

susah nak cakap....
patut imam masjid berperanan memberitahu dan mendidik..
bila anak2 tu bising imam kena tegurlah
barulah jemaah x kecil hati
sebab yang menegur adalah orang yang lebih patut

10 said...

emmm... mmg x patut pn bawa anak2 kecik p masjid atau surau... bukan apa, kalo bising ganggu jemaah lain yg tgh kusyuk menghadap Allah Taala...

eL said...

Yeayyyy....kak hai pun dah buat comment box gini. Baru boleh saya komen. Saaaayanggglah kat akak.

Gila excited dapat komen tapi bukan nak komen posting ni <---mcm kanak2 ribena hehehe

Maiyah said...

sudi bik kad kat blog makasih

abu muaz said...

Salam. Lama tak menulis sibuk buat kueh ke?