Semalam,kali ke 2 dalam hidup saya menunggu keputusan peperiksaan diumumkan secara "live"dari dewan sekolah......Kali pertama,tahun lepas semasa menunggu keputusan UPSR Haziq.Sebelum ni,3 orang anak saya yang teratas...dari UPSR hingga SPM,mereka uruskan sendiri.....Baru saya tau,betapa hebatnya debaran perasaan ketika berada di dewan,menyaksikan sendiri suasana yang berbagai ragam,sangat mengujakan.
Semalam saya menghantar Nabila,anak ke 4 ,juga merupakan anak sulong perempuan saya, ke sekolah untuk mengambil keputusan PMR nya.Nabila anak saya yang sejak kecil,mempunyai tahap IQ yang agak sederhana,berbanding anak sulong dan kedua saya.Di sekolah rendah, tidak pernah sekali pun dalam 6 tahun tu ,dia merasa duduk di kelas pertama.Dalam peperiksaan UPSR,dia cuma berjaya mendapat 3a2b.
Saya dan suami tau kemampuan dia agak terbatas,maka kami tidak meletakkan harapan terlalu tinggi.Walaupun begitu kami selalu memberi dorongan dan galakan supaya dia melakukan yang terbaik untuk dirinya.Untuk merangsang semangatnya,ayah berjanji akan menghadiahkan trip ke Indonesia sekiranya mendapat 5a.
Semalam, selepas diumumkan pelajar yang mendapat straight A....semua pelajar diarah mendapatkan keputusan masing2 di meja yang disediakan.Saya begitu yakin dia mampu meraih 5a,saya cuma memerhatikan reaksinya dari jauh sewaktu dia mengambil slip peperiksaannya.Sampai pada gilirannya, dia mengambil slip, bersalam dan mencium tangan gurunya,berlalu sambil memerhatikan slipnya....
Tiba2 dia menangis dan dipeluk oleh rakan2nya.Dia menangis sehingga terduduk...saya yang memerhatikannya dari jauh,tiba2 rasa sebak,saya jarang melihat anak saya menangis begitu,tidak dapat menjangka apa sebenarnya yang berlaku....
Hati saya rasa tak tenang,terus saya mendapatkannya....."ibu....Bella dapat 7a....!!"tergamam kejap saya ,rasa nak nangis pun ada...memang mengharukan!!Saya cam tak caya,saya ambil slip ditangannya....saya perhatikan namanya....takut tersilap slip...dan saya bilang a nya,eii...cam orang bengong plak!
Saya peluk dan cium dia...sambil ucapkan Alhamdulillah dan tahniah pada dia.
Alhamdulillah.....berkat usahanya dan doa ibu/ayah serta guru2nya......akhirnya membuahkan kejayaan buat dia.
Nampak macam saya tak yakinkan....sebabnya pada peperiksaan semester,nak dapat 2-3a pun payah!!Pada peperiksaan percubaan,dia cuma dapat 1a5b3c .....dan keputusan PMR ni dia leh dapat 7a1b1c...b untuk bahasa inggeris dan c untuk bahasa arab!
Masa ayah dia tanya,macamna result Nabila??Saya cuma jawab,tolong booking tiket ke Indon ok!!heeeee.........Semoga selepas ini,Nabila akan lebih berkeyakinan yang dia mampu melakukan sesuatu yang lebih baik dari ini!!
Friday, December 23, 2011
Thursday, December 15, 2011
MALANG TAK BERBAU....
Kaki anak saya yang eksiden motor minggu lepas...Kejadian berlaku semasa dia dalam perjalanan ke kelas.Ini la yang dikatakan malang tak berbau....cedera kerana kecuaian orang lain.Tapi nak wat camnakan,mende dah berlaku.Apa pun,kami bersyukur kerana kecederaan dia tidak serius,cuma 10 jahitan di tumit.
Buat masa ni,terpaksa la dia menggunakan topang untuk bergerak,kebetulan exam pulak hujung bulan ni.....harap dia tabah menghadapi dugaan!!
Klakar la plak,bila kawan dia komen...kaki ko dah macam lipan belaan...hehehe...

Tuesday, December 13, 2011
SEDAR LA DIRI TU SIKIT !!
Semalam,Sek.Men berhampiran rumah saya telah dibuka sebagai pusat pemindahan banjir.Seramai dua ratus lebih orang telah mendaftar di situ,di sebabkan kedudukan sekolah yang hampir,maka pengerusi Taman perumahan saya ni telah mempelawa beberapa penduduk(kaum wanita) untuk meninjau dan memberikan bantuan yang di fikirkan sesuai.
Apabila mereka sampai,kelihatan 2 orang sukarelawan sahaja yang bertugas memasak makanan untuk mangsa banjir,maka mereka membantu dengan menyiang sayur dan melakukan kerja2 penyediaan makanan.Apa yang sangat mengecewakan mereka,bukan sahaja pertolongan mereka tidak dihargai malah dengan sombongnya diorang(mangsa2 banjir) ni datang ke tempat memasak...dan meninjau2 sambil berkata,saja la nak tengok,bersih tak!!Jangankan nak ucap terimakasih,boleh pulak sebelum menjamah makanan tu,diorang mencium2 makanan sebelum dimakan....Bagi saya perbuatan mereka memang melampau dan biadap sangat,sehinggakan biskut kering dalam tin,yang diberi pun diorang cium2 dulu sebelum makan.Akhirnya kawan2 saya ramai lari balik...lantak korang la dok kat situ...dari niat nak buat pahala dah bertukar menjadi dosa la plak...dugaan!!huhuhu.....
Sepatutnya diorang ni(mangsa2 banjir) bersyukur la sikit,kerana telah diberikan tempat,makanan dan berbagai lagi bantuan,kalau rasa diri tu hebat sangat,tak layak makan makanan bantuan banjir,pergi la dok kat hotel2 yang berlambak kat bandar ni....banyak cekadak la pulak!!

Tuesday, December 6, 2011
Terimakasih MasterChef Malaysia !!
Musim cuti sekolah ni,rumah saya memang ceria sikit...lebih2 lagi bila anak2 berkumpul beramai2.Sebelum ni Nabila dan Haziq tinggal di asrama.Walaupun mereka berdua tinggal di asrama,masih ada 3 orang yang tinggal bersama saya.Sementara 2 orang anak bujang saya yang besar, masih belajar di Bangi dan Penang.
Haziq,orang kuat makan saya dah balik...Izzah orang yang paling gembira dengan kepulangan Haziq,sebab dia kata melihat Haziq makan,membuat dia lebih berselera untuk makan...bunyi cam kelakar je!! Tapi memang benar,kalau hari biasa kami 5 beranak di rumah ni,sehari nak menghabiskan 2 pot beras pun seksa sangat...tapi belum 2minggu , beras 10 kilo pun dah nak habis!Tepung yang biasanya 4-5 kilo sebulan dah mencecah ke 8 kilo sebulan.memang seronok tengok anak2 makan dan selera mereka akan bertambah bila waktu hujan...hehehe..Ibunya jugak la yang jadi mangsa,asyik terperap kat dapur ......Dari sarapan ke makan tengahari,juadah petang dan makan malam.....
Musim cuti ni anak2 saya nampaknya pandai sikit membahagikan masa dengan aktiviti masing2,komputer pun dah boleh bergilir2 dengan cara baik,tidak lagi berebut2 macam selalu.Dah tu rajin pulak diorang melayan novel...nak tergelak pun ada,tengok anak lelaki membaca novel,selalunya aktiviti gitu dipelopori orang pompuan je kan...hehehe...
Dan paling seronok bila diorang semua melayan Masterchef Malaysia....Hana yang bongsu tu pun tak ketinggalan.Sejak menonton program tersebut....memberi satu inspirasi pada anak2 saya untuk cuba memasak sendiri.Siapa sangka Haziq boleh masak nasi goreng sendiri,menggunakan bahan2 yang ada dengan kreatifnya,buat sambal telor untuk semua orang makan dan menawarkan diri membantu kerja2 di dapur..Nabila yang selama ini selalu nampak malas ke dapur pun sebenarnya ada bakat memasak,tapi sengaja tak mahu menonjolkan diri.Masakan diorang sedap sebenarnya...saya cuma bagi tips sempoi je....dalam masakan tu ada rasa masin,manis, pedas dan masam.kira ok la!!
Hana dan Izzah pun,tak mahu mengalah...sebenarnya saya pun tak tau diorang mencabar sesama sendiri untuk membuat maggi paling best!Bila saya terdengar Hana jatuh terlentang baru saya perasan diorang berlumba untuk menyiapkan hidangan pantas.....Hana terjatuh masa nak buka peti ais untuk ambil limau kasturi..kikiki...lawak betul la,mujur dia tak apa2...tapi itu la kesan dari program Masterchef Malaysia yang berjaya membantu anak saya lebih berdikari dan berfikiran kreatif!!

Subscribe to:
Posts (Atom)