Apa perasaan anda bila mengetahui jiran sebelah rumah mati bunuh diri??Macam2 persoalan yang bermain diminda dan berbagai spekulasi yang timbul kan!!Saya terkilan juga,kerana dia membuat keputusan yang cukup mudah untuk mengakhiri hidupnya sebagai jalan keluar dari masalah.Saya tak tau apa masalah sebenarnya,dan saya kira,saya tidak layak untuk mengetahuinya.
Jiran saya ni cina...suami dia kerja di Terengganu...dan balik sekali sekala sahaja.Dia ada anak lelaki berumur 6 tahun,prasekolah.Dia juga bekerja...kebiasaannya sebelum pergi kerja,dia akan menghantar anaknya ke sekolah,dan waktu selepas sekolah anak dia akan tinggal di taska berdekatan sekolah.Pada hari kejadian,anak dia masih berada di taska sehingga jam 11 malam,selalunya mak dia akan ambil dia selewat2nya jam 6 petang.Akhirnya bila pihak taska gagal menghubungi mak dia melalui telefon,jadi mereka mengambil keputusan menghantar anaknya ke rumah.
Bila sampai di rumah ,kereta dan motor ada di dalam pagar,rumah bergelap...pintu pagar tak berkunci,tapi pintu grill berkunci .Pintu sliding tidak berkunci dan tingkap sliding bilik terbuka luas.Pembantu taska dan anaknya memanggil berkali2,tapi tiada jawapan....akhirnya kerana lama dok melaung2,menyebabkan sekumpulan budak2 sekolah menengah yang lalu di hadapan rumah tu cuba menyelesaikan masalah.Diorang ambil lampu suluh dan menyuluh ke dalam bilik yang tingkapnya terbuka.Bila diorang ni sibuk dok menyingkap langsir...ada yang merasakan macam terpegang tangan orang.Apalagi lintang pukang budak2 ni berlari keluar...
Akhirnya bila dah kecoh2 dengan budak2 yang terjerit2 ni,salah sorang jiran terdekat merangkap pengerusi taman cuba untuk mententeramkan keadaan..Dia ingatkan jiran saya ni malu dan menyorok,sebab dah sampai malam tak ambik anak,hinggakan orang tolong hantar balik.Jadi dia pun pegang tangan kawan tu sambil kata "madam its ok"!!Tapi bila dia pegang je tangan tu dia rasa tangan tu keras dan sejuk..hati dia terus rasa lain macam.Dia arahkan semua orang keluar dari kawasan rumah dan terus dia hubungi polis!
Selepas tu,pihak polis la pulak yang ambil bahagian,paling sedih bila pandang muka anak dia tu....kesian sangat.Mujur la bila pihak polis sahkan mak dia dah mati,pihak taska ambil dia untuk bermalam di tempat diorang.Kita cuma bagi alasan pada anak dia yang mami dia sakit,nak bawak pergi hospital,dan esok baru boleh pergi hospital tengok mami dia.Budaknya cerdik sangat,boleh berkomunikasi 3 bahasa(cina,english n melayu)...tak pelat langsung...umur belum 2 tahun dah pandai bercakap(tak pelat) dan boleh baca ABC dan 123 dalam 3 bahasa tu!!Tu belum lagi dia bagi salam....sebijik cam bunyi orang islam bagi salam....sampai tak boleh beza..selalu jugak kawan2 menyumpah dia sebab diorang tersambut salam dia..huhuhu...Kerana simpati sangat kat budak tu,sampai ada yang berhajat nak ambik dia buat anak angkat!!